DIA Ada

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Entri kali ni simple saja. Sebagai seorang manusia,adakalanya kita diuji dengan macam-macam dugaan,
Dan ada pula yang diuji bertalu-talu dalam satu masa. Mana nak tunaikan tanggungjawab sebagai hamba,anak,pelajar dan macam-macam lagi. Ujian tu pulak..bukan dalam bentuk kesusahan saja kawan2,tapi dalam bentuk kesenangan pun ada. Tanpa kita sedar, kita sentiasa diduga dalam setiap aspek
kehidupan. Sebab apa macam tu? Sebab kita hambaNya.


“Adakah kamu berkira kamu akan di biarkan berkata kami telah beriman sedangkan kamu belum di uji?” 
(Al Ankabut)

Waktu diduga adalah waktu yang menguji tahap kebergantungan kita pada Allah SWT. Bagi saya,memang ada ketikanya ujian yang dialami tu sangat membebankan. Payah. Pedih. Sakit. Serabut. Malahan tertekan dan terganggu tahap tera giga mega kilo deci centi lagi. Nak luahkan pada seseorang yang dipercayai pun tak terluah. Kalau kita cerita kat sesiapa pun, dia mesti tak tertolong. Sampai kadang-kadang kita lupa DIA ada dekat dengan kita..maha mendengar setiap rintihan kita, 

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu…”
(Surah Al-Baqarah :186)

Sahabat sekalian..doa adalah senjata orang-orang mukmin. There wil be a point where life breaks all of us. Dan pada masa tu kita dah tak tahu nak buat macam mana..kita dah tak tahu nak buat apa lagi untuk mengatasi ujian yang diberi, mungkin sudah tiba masanya kita berserah sepenuhnya pada Allah SWT. Mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Kita terimalah hakikat yang kita ni memang hamba yang lemah dan sebab tu ada tawakkal. Tawakkal pada Dia.

Dulu-dulu waktu zaman sekolah, ustazah selalu pesan..jangan lari dari masalah dan ujian yang melanda,
Tapi waktu tu mana nak masuk kepala nasihat-nasihat ni..masih sekolah, riang gumbira dengan setiap perkara dan kurang kesedaran dalam diri. Cuma bila dah tinggalkan zaman-zaman sekolah menengah tu baru teringat pada setiap apa yang pernah ustazah pesan. Tetapkan dalam hati, walau bergoncang jiwa raga kita, jangan lari dari menghadapi apa pun yang mendatang. Biarkan Allah terus memegang hati kita serta memandu langkah kita supaya membentuk diri kita menjadi seorang mukmin yang berharap pada Dia semata-mata.

Suka untuk saya ingatkan diri sendiri dan sahabat2 tersayang tentang apa yang pernah saya baca dalam sebuah buku tak lama dulu. Dalam satu artikel tu, ada satu petikan ayat yang maksudnya saya translate kan lebih kurang macam ni.....

 "sebagai sahabat, kita patut menyokong setiap kebaikan yang sahabat kita lakukan. Walaupun kebaikan yang dia lakukan tu amat kecil pada pandangan kita ataupun dia baru berniat nak buat benda baik, sokonglah dia. Siapa tahu dengan izin Allah, dengan sokongan kita tu hati dia tergerak untuk buat banyak lagi kebaikan."

Ya..bila sahabat kita dilanda musibah, kita boleh bantu setakat yang mampu. Dan bila rasa tak tertolong dengan fizikal, berdoalah agar dia dipermudahkan segala urusan. Dan sentiasalah saling berpesan-pesan bahawa cukuplah Allah sebagai penolong kita dan Dia adalah sebaik-baik pelindung.

“Cukuplah Allah yang menjadi pelindung”
 (An-Nisaa:81)



Wallahualam.


















Comments

Popular Posts