Throwback - Mengutip Semangat di Konvokesyen UTM
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat serta Salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW serta para sahabat.
Suasana konvokesyen / konvo di UTM telah pun menyelubungi UTM dan warganya.
Bagi yang akan bergraduasi, perasaan lega pasti mengisi dada kerana perjalanan sarjana muda selamat ditempuhi. Tinggal lagi kata putus untuk ke Master atau terjun ke alam pekerjaan pula.
Pada yang sudah bergraduasi, pastinya kenangan-kenangan konvo masih segar di ingatan, saat berbaris bersama sahabat sekelas, melangkahi pentas konvokesyen, mengambil skroll, memakaikan jubah kepada ibu ayah dan melihat cahaya di wajah mereka dan juga sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan.....semua itu tidak mungkin dilupakan.
30 Oktober 2017
Tarikh ini adalah tarikh bermakna buat para pelajar UTM JB batch 2013/2014 kerana hari itu mereka akan bergraduasi.
Aku juga tumpang gembira kerana melihat rakan-rakanku selamat menggenggam skrol yang menjadi impian. Aku menunggu dengan sabar detik mereka keluar dewan dan gembira bukan kepalang hati ini saat melihat mereka semua tersenyum gembira bersama jubah konvo.
Aku perhati setiap satu dari rakan-rakanku yang berkonvo...setiap satunya mempunyai kisah dan cerita yang dilalui sepanjang berada di menara gading. Kisah yang jika diceritakan pun..sukar untuk diselami "rasa" itu kerana tidak semua orang memahami.
Apa yang pasti, sekalung ingtatan dan doa ku hadiahkan pada sahabat-sahabat yang pernah sama-sama melalui jalan ini..susah senang, pahit getir, ketawa duka, jatuh bangun, lapar kenyang dan tangis tawa..segalanya begitu bermakna buat diri ini. Segala yang terjadi di menara gading, banyak membentuk diri ini ke arah yang lebih baik.
Setahun telah berlalu...aku masih teringat senyum dan cahaya di wajah kalian.
Menjadi pembakar semangatku untuk menggenggam skrol serta berbakti pada masyarakat.
Konvokesyen ku lambat sedikit kerana menyelesaikan beberapa subjek. hehehe.
Namun aku gembira, sedikit pun tidak menyesal kerana banyak perkara yang ku lalui adalah butir-butir permata yang berharga.
Segetir mana pun hari, ingatlah, ia pasti akan berakhir.
Setiap hari akan berakhir.
Tidak kira ianya indah atau lelah..ia pasti akan berakhir.
Syukurilah apa yang ada kerana orang yang bersyukur itu adalah golongan yang paling sedikit sekali di akhir zaman.
Akhir kata, hargai apa yang ada pada kita kerana tidak semua yang kita miliki turut dimiliki oleh orang lain.
Nah, payung sikit gambar-gambar UTM dan suasana Konvo ;)
Dan banyak lagi aktivit lain yang menarik. Happy Convocation to all graduates!
-Anak Angkat Harimau Selatan-

| Ada yang buat Street Dakwah atau promosi program persatuan mereka. |
| Di tapak FESKO selalunya ada kutipan sumbangan untuk misi kemanusiaan. |
| Terdapat juga aktiviti yang sesuai untuk seisi keluarga. |
![]() |
| Masa konvo berlangsung, banyak gerai yang jual bunga sekitar dewan konvo. |
-Anak Angkat Harimau Selatan-

Comments
Post a Comment