Wahan di sebalik Wuhan
Dengan NamaNya yang sempurna ku bermula..
April 2020.
Tidak pernah terlintas dalam minda hamba ini bahawa dunia akan diuji dengan wabak yang melumpuhkan. Ya, wabak ini telah pun menumpaskan banyak nyawa, tidak mengenal kasta mahupun bangsa, di bandar mahupun ceruk desa, semua dijengah.
Malaysia tika ini telah pun mencatatkan 61 kematian dan ratusan barisan hadapan yang sedang berhempas-pulas sebagai benteng negara, di celahan tawakkal pada Illahi. Benarlah bagai yang dikhabar kitab suci, jika Dia berkehendak sesuatu, tidak ada tangguh. Wahai yang memegang jiwa, ihsanMu kami rayu, sejahterakan negara dan umat ini.
Sudah hampir 20 hari berada di rumah atas arahan kerajaan. Dalam tempoh ini, aku mengambil masa di sela-sela malam utuk merenung diri. Aku tidak pasti apakah bekal terbaik untuk ku bawa andai dijemputNya kembali..di setiap sunyi malam aku menyesali dosa-dosa lalu, mengakui hinanya pekung diri sendiri, merayu di tempat terendah agar dilimpahi ihsanNya.
Lumrah sebagai manusia, ada ketika diri terkenang masa-masa lalu yang kelam.
Sehingga sekarang pun, tak putus masih berharap agar taubat diterima.
Gerun memikirkan..andai tersungkur terbiar hanyut tanpa petunjuk.
Cukuplah ku katakan, tempoh berkurung ni umpama peluang yang Allah beri untuk menilik diri sendiri. Ruginya andai keluar dari wabak Wuhan ini tetapi hati masih tebal dibalut Wahan.
Aku menulis di sini kerana aku perlu menyalurkan apa yang terbuku. Aku lebih selesa menulis. Aku menganggap tidak ada yang membaca maka aku menulis dengan jujur apa yang dirasa.
Tuhanku Al-Halim, bimbing hati ini menujuMu. Tuntun diri ini melalui jalan KekasihMu.
Beberapa hari lepas ada terdengar satu lagu Arab bertajuk Aisyah Istri Rasulullah. Jauhnya diri ini dari kepribadian Sayyidatina Aisyah r.anh. Sedih apabila teringat adakah Rasulullah sudi memandang diri ini, memberi minum dari Telaganya? Rabbi Sallim Sallimna.
Rezekikan kami sebaik-baik kesudahan, Ya Salam.
Aisyah Istri Rasulullah. Tekan CC untuk melihat subtitle.

| Yakinlah setiap ujian yang diberi adalah semata-mata untuk membawa kita kembali kepadaNya. |

Comments
Post a Comment