Semalam

Aksara-aksara mengering
Disedut pusaran rencam rasa
Hingga tiada terbaris
Satu kata pun
Ungkapan hati yang berlalu pergi
Dihalau cinta semalam

Angan-angan pecah
Di ribaan kenangan 
Tapi aku mengeras
Tak mahu berpaling
Dan senyumanmu
Adalah dinding
Antara kasihku dengan kesal hari ini

Derap kakimu yang berlalu 
Adalah bunyian yang ku benci
Ia melenting keras dalam tempurung kepala
Lelah aku menghambatnya
Keliru aku dengan rentaknya
Kadang mendekat
Kadang menjauh
Kadang menyepi

Aku adalah tugu
Meski kau mahu aku tiada
Meski kau mahu aku menghindar
Meski bayangku kau benci
Jiwaku kaku dipaku cinta
Hanya Gusti Agung yang mendengar
Bisik harapku ditelan gelombang.


"Ketika kamu berharap pada manusia,
Allah timpakan padamu pedihnya sebuah pengharapan.
Kerana DIA cemburu pada hati yang berharap kepada selainNYA."


We don't feel love for Him because we never know Him.
HIS love for slave like us is far deep from anyone we know ever.
We just don't see it.

Comments

Popular Posts