Rant on Si Gagak
Aku
Ibarat gagak yang pulang
Ke asal muasal lahir
Setelah lama terbang di rimba
Larut di belantara hikmah..
Gagak yang hampir tidak mengenal
Jalan ke sarang
Kerna denai-denai yang dulu
Telah hapus jejaknya
Dikambus jentolak jengkaut
Gagak ini
Matanya telah diasah
Melihat alam dari belantara hikmah
Jiwanya telah diacu
Siulan alam Tuhan
Siulan alam Tuhan
Hatinya merindu
Dendang zikir dan fikir dari belantara
Yang pernah disinggahi
Bersama burung-burung yang lain
Kembalinya si gagak
Ke asal lahirnya
Matanya dijamu
Akan hangatnya kota tiada pepohonan
Telinganya bingit
Akan raungan dari kuari-kuari
Hatinya keseorangan
Memaknakan fikir dan zikir
Tuhan, alangkah rindunya si gagak itu
Pada belantara-belantara dulu
Pulangnya gagak ini
Semata-mata kerana induknya
Induk yang darinya dia lahir
Induk yang menjadi tempatnya
Mencurah kasih dan khidmat
Tiadalah lagi inginnya
Tiadalah lagi perlunya
Tiadalah lagi hajatnya
Pada kota berwap panas ini
Kerna serpihan jiwanya, hatinya
Telah tersemai
Di belantara
Yang pernah disinggahi
Monolog gagak di dasar hatinya
"Tuhan
Rezekikan daku serta indukku
Berhijrah ke belantara nan damai
Kerna jiwaku ingin tenang
Dalam perjalanan mencari
RahmatMu."
-Nfj-april'16-1:51pm-stesen KTM kg batu KL-
![]() |
| "Bila rasa tak mampu nak melawan arus, rendahkanlah diri dan hati untuk memohon keteguhan hati dan kaki dari Yang Maha Teguh. ombak itu tidak besar, hanya saja perahunya yang kecil." |


mabruk! ini lagi padu boh
ReplyDelete