Wahan di sebalik Wuhan
Dengan NamaNya yang sempurna ku bermula.. April 2020. Tidak pernah terlintas dalam minda hamba ini bahawa dunia akan diuji dengan wabak yang melumpuhkan. Ya, wabak ini telah pun menumpaskan banyak nyawa, tidak mengenal kasta mahupun bangsa, di bandar mahupun ceruk desa, semua dijengah. Malaysia tika ini telah pun mencatatkan 61 kematian dan ratusan barisan hadapan yang sedang berhempas-pulas sebagai benteng negara, di celahan tawakkal pada Illahi. Benarlah bagai yang dikhabar kitab suci, jika Dia berkehendak sesuatu, tidak ada tangguh. Wahai yang memegang jiwa, ihsanMu kami rayu, sejahterakan negara dan umat ini. Sudah hampir 20 hari berada di rumah atas arahan kerajaan. Dalam tempoh ini, aku mengambil masa di sela-sela malam utuk merenung diri. Aku tidak pasti apakah bekal terbaik untuk ku bawa andai dijemputNya kembali..di setiap sunyi malam aku menyesali dosa-dosa lalu, mengakui hinanya pekung diri sendiri, merayu di tempat terendah agar dilimpahi ihsanNya. Lumrah sebagai ...




